Sabtu, 23 Januari 2016

Sambung untuk kisah seterusnya....

CAMPUS SATELIT CIAST (CSC) ADTEC JERANTUT.

20 Januari 2016 Adalah Hari Lapor Diri untuk pendaftaran pelajar baru.. siapa pelajar baru tu haa..??!
Aku cerita pasal sape pulak dah nie!? Hahahahaha.. Sah-sah la pasal budak pearl heart a.k.a ezaty hazwani kan..

21 Januari 2016 Bermula Jadual Aktiviti Orentasi.
10.00 pagi: ice breaking (dalam kumpulan) zaty Kumpulan 4. Di barisi 2 jejaka 4 gadis, azwan, fadirul, syahida, raziya, zaty, hafizah.
Game pertama: PIRAMID BUTA kami mendahului kumpulan lain dapat menyusun 7 gelas.
Game ke-2 : UNDER WATER kami mendahului lagi kumpulan lain dapat menampung 21 biji telur dalam kapal bahtera.
Game ke-3 : IKATAN KASIH kami masih mendahului kumpulan lain tapi hanya berapa saat sahaja berbeza mata tetap sama.
Game ke-4 : AMPUNG-AMPUNG kami di tempat ke -3.  7 klip terapung akhirnya yang tinggal 5 sahajo..hohoo yang lain tengelam.
Game ke-5 : KUMPULAN KU kami semua di beri tugas untuk membuat satu logo berdasarkan nama kumpulan termasuk motto, visi, dan misi.
22 Januari 2016 Hari Ke- 2 Jadual Aktiviti Orentasi.
Game ke-6 : BISIKAN MAKMUR kami di tempat ke -3, maklumat yang disampaikan tidak tepat dengan susunan yang diberi.
Game ke-7 : MILIK KITA MILIK BERSAMA kami diberi tugasan untuk mengabungkan sifat masing-masing dalam kumpulan dan terus membina satu bangunan dengan gambungan tersendiri.
Game ke-8 : ADIK MANJA hahahahaha... yang di kumpulan perlu cipta satu pakaian pahlawan costume dalam masa 20 minitdi badan salah seorang dalam kumpulan.
Game ke-9 : RUNNINGMAN yang ni lagi la muka dah bercelorek masing-masing, dengan costume  yang di cipta dari kumpulan berlari pula untuk cari checkpoint. Pakcik makcik cleaner tengok je.. abang yang jaga cafeteria pun gelak wehhh, dari mana nie.. wakakakaa... wat xtau je,, nama nye game kan. Kumpulan kami mendahului tempat pertamaaa... hahahaha... puzzle kami pasang paling cepat. Thanks kumpulan 3 sebab kamu bagi peluang. 50 markah untuk kami.


Majlis penutupan pada jam 3.00 ptg.
Zaty diberi tugasan untuk menjadi MC pada petang tu. Bukan sebagai MC sahaja. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan tarian, lakonan, nyanyian masing-masing. Kumpulan 1( 5 campion ), kumpulan 2 ( 6 swan ), kumpulan 3 ( gen –Y), kumpulan 4 ( janam-janam). Kumpulan 5 campion perlu persembahkan bertema dikir, kumpulan 6 swan perlu bawakan lagu hati-hati dan perwatakan masing-masing, kumpulan gen–y membawa lakonan lagu bertemakan boria ikan patin dan kumpulan janam-janam membawakan tarian industan bertemakan lagu dilwale lakonan kajol dan shah ruh khan. Tarian latar kami berempat... kikikikikiii..

Pengumuman untuk pemenag keseluruhan tempat ke-4 dimenangi kumpulan 6 swan, tempat ke-3 5 campion, naik johan kumpulan gen-y, bagi johan dimenagi kumpulan janam-janam.

Terima kasih barisan-barisan tenaga pengajar dan rakan-rakan seperjuangan untuk melengkapi blog untuk awal tahun pembelajaran saya. Dengan ini saya ezaty hazwani bangga dapat sambung dan bertemu dengan rakan-rakan baru.
Sekian sahaja updatetan blog pearl heart & sweet heart.

Senyum lah kamu bila kamu sedih,
senyum lah kamu bila kamu sakit,
senyum lah kamu bila ada kerusingan,
senyum lah kamu bila kamu gembira.
Hanya senyum ini akan mengubat hati kita dan ia satu pekara yang sangat mudah.

Keep the smile. 
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan