Khamis, 24 Disember 2015

Hidup Ibarat Bina Sebuah Naskah


Dilahirkan dibumi, maka ia diberikan nama yang sangat indah. nama di berikan itu dibawa bersama  hingga hujung nyawa kita. (bermula catikanya pada kertas yang kosong).

Di didik hingga boleh merangkak, betatih, berjalan dan terus berlari.  Ilmu mula menguasai sistem ilmunisasi diri. Allah kurniakan manusia cukup sempurna untuk kita berfikir, memilih, merasai, menyentuh, menjejak, menguasai diri. Bermulanya kertas putih itu dipenuhi dengan bermacam-macam catitan.

Seumur 18 tahun, sifat dewasa kini jelas menunjukan perubahan,  menambahkan lagi kematangan diri, makin bijak berdikari, makin meluas pijakan yang dijejaki untuk mencari secebis pengetahuan, mencari secebis pengalaman, mencari secebis pengorbanan. Maka sehelai demi sehelai kertas yang putih itu dicatik oleh isi dan berbagai corak kehidupan.

Peningkatan usia kini bertambah dengan rasa tanggungjawab, untuk menjaga keluarga. Ilmu yang ada masih mentah. Lalu jejak diteruskan dengan membawa diri mencari ilmu setinggi gunung. Mengapai impian serta cita-cita. Seorang yang ingin berjaya, adalah pada jiwa, hati, fikiran,  memainkan sifat optimasi pada diri.

Didikan yang diberi oleh ibubapa itulah yang akan kita contohi pada anak-anak, cucu-cucu kita pada generasi yang dilahirkan sebagai manusia. Pemilihan rakan adalah perlu menteliti sudut kebaikan, sudut keburukan jangan kita contohi. Jangan terpengaruh dengan pekara yang tidak membawa keuntungan.

Justeru itu, apa-apa perkara sebelum kita lakukan cuba fikir sebaik-baik mungkin. Jika ada satu kesalahan besar telah kita lakukan bukan mudah kita untuk berpatah balik. Kertas putih yang dipenuhi dengan catitan tidak akan dipadam semudah itu walaupun dapat dihilangkan, jika dapat dipadam masih ditinggalkan kesan-kesannya. Walauapa pun yang sudah belaku tidak semudah kita melupai begitu, masih tinggal kesan-kesan dan kenanggan yang masih diingati. Jaga sebaik mungkin mentiliti kita sebagai anak, ibubapa, pendidik, penjual, pengarah, rakyat, pemerintah sekali pun perlu menjaga attitude diri.

Jika ada jarum yang patah,
Jangan simpan didalam peti,
Jika ada hati yang patah,
jangan simpan didalam hati.

Jika ada masa yang panjang, saya akan bersambung lagi..

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan