Isnin, 4 April 2016

HATI D'PERMAINKAN KAH??

Kenapa???
Kenapa???
Kenapa???

awak bagunn.. awak bagunn.. kenapa nih? kenapa??

xde ape, saya xlarat~,, ada masalah ke?. nampak pucat! ni.."

xde ape, saya penat jew,, nampak lain nie, awak ok x??.. nak pergi klinik x ni?

xnak. xpe saya nak rehat jew.. come on la awak. x kan nak jadi macam ni berterusan.. makan xlalu, mata sembap JEW..

i'm still like this, dont worry guys. i'm strong. I accept what is decided by the gods. Something we hape, not everything so we designed the gods decide. We are always happy with the destiny given.

ok awak, kami percaya pada awak . Awak sentiasa kuat, tetapi jangan sedih kerana cinta", sebab cinta kadang-kadang perlu dan kadang-kadang menyakitkan. Cinta yang bahagia datang dari2 hati, Saling bertindak balas.Kalau kamu sorang saja menerima cinta, tapi pasangan awak xde respond zalim namanya.

yea guys,,..
tapi saya sangat memerlukan, dulu pernah rasa sebegini. Mengharapkan tidak akan kembali sakit yang sama. Kini, ia datang tanpa sebab... hanya diam.. tidak ada tidak balas. Kecewa dengan jawapan dia, sangat, sedih~~ kenapa dia buat macam ni.. hanya jawapan xde ape-ape.. malas nak fikir.. serabut lah! 







"kalau dah sayang, dari sekecil-kecil perkara sampai perkara paling besar dia ambil kisah.
tapi bila diadah mula tawar hati, apa pun dia dah tak kisah lagi,,hati-hati bila si dia dah mula mendiamkan diri." dari si dia.

tapi kenapa diberi ayat macam tu?? apa salah saya?..
tanya lebih marah.
tanya khbar diam,
nak manja, jawab katanya sibuk.
nak cerita, jawab ada hal.

apa yang terbuku dihati dia...................
dia xnak kongsi. dia simpan, sampai jadi macam ni. xde jawapan.
diam,,
diam,,
diam,,
dan terus diam,
xpenah tegur dulu,
xpenah tanya khabar dulu,,
xde pun ambil berat,

se sibuk mana, cuba jaga hati pasangan kita.

kita yang buat habis terbaik, kalau salah, cuba tegur cara baik. xpenah nak cakap lembut, cakap kasar, tegur cara perli, kasar, sindir-sindir..

ya allah,, sakit nye hati aku nie,,
penuh kesabaran..
dosa sama-sama buat bercouple.
taubat jalan akhir untuk kita.
berubah sama-sama.








dia mengarapkan halal lebih cepat.
tapi keadaan dia, sendiri xboleh kawal.
sebelum berumah tangga.
belajar dulu, jaga hati orang yang di sayang,
belajar cara lembut, walaupun kamu lelaki.
belajar hormat orang, jaga aib, jaga batas berkawan,
belajar simpan duit, bajet.
belajar simpati,
belajar untuk pujuk hati yang di sayang.
belajar untuk bersabar,
belajar mencintai sepenuhnya, bukan untuk suka-suka waktu sunyi je.

tunjuklah,kelakian yang kamu ada.
buktikan apa yang kamu ingin buktikan.
bukan tunjuk play boy yang kamu cipta.


saya bangga dengan usaha awak,
saya bangga jadi kawan awak.
saya bangga jadi pasangan awak depan mak abah saya.
saya bangga dengan bukti sebelum ni awak tonjolkan.
saya sayang awak sangat-sangat.
sangat-sangat.

awak seorang lelaki sahaja yang saya tunjuk depan mak abah, famly saya.
awak seorang lelaki sahaja yang saya kenalkan pada kawan saya.

kalau orang tanya saya, saya ada bf?? saya jawab yea. saya ada, saya sudah berpunya.
xpenah hati untuk curang.








Sabtu, 23 Januari 2016

Sambung untuk kisah seterusnya....

CAMPUS SATELIT CIAST (CSC) ADTEC JERANTUT.

20 Januari 2016 Adalah Hari Lapor Diri untuk pendaftaran pelajar baru.. siapa pelajar baru tu haa..??!
Aku cerita pasal sape pulak dah nie!? Hahahahaha.. Sah-sah la pasal budak pearl heart a.k.a ezaty hazwani kan..

21 Januari 2016 Bermula Jadual Aktiviti Orentasi.
10.00 pagi: ice breaking (dalam kumpulan) zaty Kumpulan 4. Di barisi 2 jejaka 4 gadis, azwan, fadirul, syahida, raziya, zaty, hafizah.
Game pertama: PIRAMID BUTA kami mendahului kumpulan lain dapat menyusun 7 gelas.
Game ke-2 : UNDER WATER kami mendahului lagi kumpulan lain dapat menampung 21 biji telur dalam kapal bahtera.
Game ke-3 : IKATAN KASIH kami masih mendahului kumpulan lain tapi hanya berapa saat sahaja berbeza mata tetap sama.
Game ke-4 : AMPUNG-AMPUNG kami di tempat ke -3.  7 klip terapung akhirnya yang tinggal 5 sahajo..hohoo yang lain tengelam.
Game ke-5 : KUMPULAN KU kami semua di beri tugas untuk membuat satu logo berdasarkan nama kumpulan termasuk motto, visi, dan misi.
22 Januari 2016 Hari Ke- 2 Jadual Aktiviti Orentasi.
Game ke-6 : BISIKAN MAKMUR kami di tempat ke -3, maklumat yang disampaikan tidak tepat dengan susunan yang diberi.
Game ke-7 : MILIK KITA MILIK BERSAMA kami diberi tugasan untuk mengabungkan sifat masing-masing dalam kumpulan dan terus membina satu bangunan dengan gambungan tersendiri.
Game ke-8 : ADIK MANJA hahahahaha... yang di kumpulan perlu cipta satu pakaian pahlawan costume dalam masa 20 minitdi badan salah seorang dalam kumpulan.
Game ke-9 : RUNNINGMAN yang ni lagi la muka dah bercelorek masing-masing, dengan costume  yang di cipta dari kumpulan berlari pula untuk cari checkpoint. Pakcik makcik cleaner tengok je.. abang yang jaga cafeteria pun gelak wehhh, dari mana nie.. wakakakaa... wat xtau je,, nama nye game kan. Kumpulan kami mendahului tempat pertamaaa... hahahaha... puzzle kami pasang paling cepat. Thanks kumpulan 3 sebab kamu bagi peluang. 50 markah untuk kami.


Majlis penutupan pada jam 3.00 ptg.
Zaty diberi tugasan untuk menjadi MC pada petang tu. Bukan sebagai MC sahaja. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan tarian, lakonan, nyanyian masing-masing. Kumpulan 1( 5 campion ), kumpulan 2 ( 6 swan ), kumpulan 3 ( gen –Y), kumpulan 4 ( janam-janam). Kumpulan 5 campion perlu persembahkan bertema dikir, kumpulan 6 swan perlu bawakan lagu hati-hati dan perwatakan masing-masing, kumpulan gen–y membawa lakonan lagu bertemakan boria ikan patin dan kumpulan janam-janam membawakan tarian industan bertemakan lagu dilwale lakonan kajol dan shah ruh khan. Tarian latar kami berempat... kikikikikiii..

Pengumuman untuk pemenag keseluruhan tempat ke-4 dimenangi kumpulan 6 swan, tempat ke-3 5 campion, naik johan kumpulan gen-y, bagi johan dimenagi kumpulan janam-janam.

Terima kasih barisan-barisan tenaga pengajar dan rakan-rakan seperjuangan untuk melengkapi blog untuk awal tahun pembelajaran saya. Dengan ini saya ezaty hazwani bangga dapat sambung dan bertemu dengan rakan-rakan baru.
Sekian sahaja updatetan blog pearl heart & sweet heart.

Senyum lah kamu bila kamu sedih,
senyum lah kamu bila kamu sakit,
senyum lah kamu bila ada kerusingan,
senyum lah kamu bila kamu gembira.
Hanya senyum ini akan mengubat hati kita dan ia satu pekara yang sangat mudah.

Keep the smile. 
 




Khamis, 31 Disember 2015

Hari akhir ku 2015

HARI AKHIR KU DI RANCANG DELIMA SDN BHD.

Bermula 28 Feb 2014 rezeki dipanggil utk berkerja sebagai kerani pentadbiran /receptionist. 
Nama di panggil zaty @ zaza. Gelaran  Zaza ni dari akk akaun suka pendekkan nama hehehe... mudah jugak nak sebut, nak ingat. Kalau diaorang nak panggil nak  gurau gelaran tu la dia orang suka gunakan.. Zaza.. zaza..

Awal Bulan Ogos 2015, 
Penambahan kerja dalam masa yang sama dipindahkan ke department  projek. Jawatan yang di sandang sebagai technical assistance. Tanpa ada pengalaman atau pengetahuan. Sepanjang kerja kerani, kiranya kita dah biasa dengan situasi semua department, tapi kita cuma tak tumpukan 100% pada department semua. Tapi ok je, sekejap je boleh belajar, tanpa ada orang conduct sepenuhnya. Cuma rujuk semua maklumat dalam laptop, fahamkan projek isu, rajin bertanya, rajin ringan tulang untuk minta kerja-kerja yang tidak munasabah, itu adalah sesuatu pengalaman. Waktu kerja walaupun kerja kita dah finished, Cuba bertanya ada apa-apa boleh bantuuntuk kerja lain  walaupun jadi receptionist.  4 bulan berada dalam 2 situasi kerja yang berlainan. Sahabat-sahabat seperjabat banyak membantu, semua faham situasi kerja yang melibatkan department projek. 5 projek kene handel. Relex-relax sudahlah. 5 site berlainan pembangunan, Kolej Poly Tec Mara Kuantan( pejabat, dewan, kelas), Tanjong Agas Pekan (Tangki Oil & Gas), Bera ( Mahkamah Syariah Bera), Bukit Ibam (menyiapkan bangunan sekolah dan rumah warden), Jerantut ( membangunkan perumahan 3 jenis, Banglo, Semi-D dan Teres).
Sebagai technical assistance ala2 receptionist ni perlu buat , sediakan report meeting  site, surat-surat, maklumat untuk EOT, penah jugak buat traking CPM (progress kerja), normal la sebagai technical assistance yang xberapa nak beremah ni perlu buat semua tu. Cuma zaty  xperlu pergi meeting, sebab zaty kan buat 2 kerja sebagai receptionist jugakkan xboleh tinggal office gitu, berdering la telefon memanjang nanti. 
Cukup pengalaman 4 Bulan. Rezeki dipanggil untuk sambung belajar. Allah tahu hajat hambanya, dan akhirnya allah makbulkan doa hambanya yang tidak penah jemu untuk terus berdoa supaya turunkan lagi rezeki yang sepatutnya diberi. Aminn.. Alhamdulillah tawaran sambung belajar sebagai Sijil Pengajar Vokasional (VTO). Surat resign sudah diterima oleh En.Shah (Director) tanpa ada bantahan. Hampir tiba hari-hari terakhir semasa menyiapakn kerja-kerja, tapi buat kerja dekat depatmet humen resourses (HR) pulak.  mesti korang pelikan kenapa zaty duduk meja department HR kan.. hihhihiii.. banyak betul la budak kecik ni buat kerja melompat-lompat ke department lain.. hehehehe... relax2.. memang terbiasalah. Sebab kita kan suka minta kerja orang lain walaupun kita sebagai receptionist  je.masa tu tengah Siapkan kad permit warga asing untuk lebih kurang 30 orang. Siap semua kerja, tunggu waktu pulang sahaja la hari sabtu half day. Tiba-tiba En.Shah masuk berhenti dekat meja HR bertanyakan, masuk belajar bila zati?? Jawablah dalam awal bulan satu en.shah”! kenapa en.shah? bertanya balik. En.Shah senyum, sambil ajak saya ke dalam bilik akaun”, tangan nya seperti terkueh2 ajak masuk.. Bilik akaun gelap, buka pintu kaca, ehhh” buka lampu la zaty nanti orang kata kita pa-apa pulak”, kak linda memerhati je dari luar bilik sambil senyum-senyum kea rah mesin Fotostep . Rupanya dia dengar apa en.shah kata kan tadi,,.
 En.shah perasan, ehh’’ linda senyum dengar la tu kita kata mende tadi”! hahhaa gelak je la zaty. Ok sebenarnya en.shah ajak masuk bilik akaun adalah nak beri tugasan baru. Menyatakan zaty lambat lagi nak masuk belajar, dia tawarkan kerja pada duduk saja!  baik awak kerja zaty”!  sambung je sampai akhir bulan 12” kata en.shah. zaty diam terdiam, xtau nak kata apa. Sebab dah bincang dengan emak, dengan buah hati nak benti awal nak rest semua. Huhuhuuuu En.Shah bersuara lagi. Awak buat kerja akaun je, filling-filling semua, awak xpayah lagi buat kerja dekat projek, angkat-angkat telefon pun xpyh dah!” kata en.shah lagi,  xpe la zaty”!, awak fikir dulu. Akhirnya zaty mengalah, ok lah”. Kalau saya jadi, saya masuk lah hari isnin ni” zaty bersuara dengan nada biasa je la.
Balik rumah bagi tahu mak pasal tawaran en.shah itu ini,, itu ini,, akhirnya setuju.. bagi tahu buah hati, cerita semula blalalalalaa... ok setuju.

23 November 2015 
Maka jadi lah orang akaun pulak.. hahhaa..  member department akaun terkejut sebab zaty duk dalam bilik akaun dah. Hal maklum lah, masa discuss dengan en.shah, bilik akauan xde orang golap je diaorang semua cuti.  Isnin! First metting account, blalalalalaa..maka tugas zaty sudah bermula hingga la kini.. hari terakhirku hari ni cukup bulan 12. Perjanjian aku dengan En.Shah. cukup semua dari mula zaty kerja di Rancang Delima melibatkan anak syarikat Delima Hardware, Delima Cemerlang. Thanks guyyss bagi zati peluang untuk jadi kawan korang. Bertambah-tambah kawan,, orang baru masuk! orang lama keluar,, macam-macam ragam, jamuan hari raya, jamuan berbuka puasa bersama keluarga angkat syarikat, aktiviti hijrah berhijrah ke rumah keluarga angkat syarikat, yang kurang kemampuan. Banyak pengalaman, banyak pengajaran, banyak pengetahuan, banyak mende pelik jugak kita dapat tau... hahhahaaa... ada satu kata-kata “u start with difficult finally off easily” kata-kata “marriage” when “stress” from kak linda geng department projek. Hehehehe... stress lah macam nie,, nak kawen laa.. bia la dengan tukang kebun pun”! . Hahhaa.. kak linda i ingat kata-kata u taww.. bhabhabhaa.. ok la akhir kata thanks but everyting jemput saya sebagai ahli RDSB selama ini. akhiri aku 31 Disember 2015.

Jom tutup buku zaza..!! ^_^  nanti buka buku baru 2016. Semoga allah melindungi sentiasa hamba mu ini yang lemah. Sentiasa mendengar rintihan hati yang kecil ini mengadu, hanya dengan mu sahaja yang aku memohon, hanya dengan mu sahaja aku bersyukur. hanya dengan kamu sahaja aku bersujud, hanya dengan kamu sahaja aku sembah, hanya dengan kamu sahaja aku terima berita yang gembira.. terima kasih untuk segalanya ya allah..

soopp..soopp..~~ T_T
thanks yang sudi mendengar celoteh budak kecik ni.


Ahad, 27 Disember 2015

WOW! TONE EXCEL GENG BRANCH KUANTAN

wow..wow..wow..itu la slogan bagi tunetalk excel..
sebab dia sangat WOw!

Assalamualaikum.. untuk minggu akhir perview tunetalk excel 2015 kuantan. Saya tunjukan kesemua yang saya lakukan untuk mendapat sehebat ini. Pada tahun hadapan (2016) 20 orang dalam gengaman saya. Walaupun nampak sedikit tetapi ianya berbaloi bagi kita yang masih berjalan pelahanPearl Heart Ezaty Hazwani adalah nama facebook saya sendiri. Di muka buku (facebook) saya tidak mengiklankan di situ saya lebih dan banyakkan  mengiklan serta membantu di wechat berbanding di muka buku (facebook). Jika anda2 berminat jom follow add wechat id: ze_Zaty . Boleh menanyakan di whatsapp pun boleh juga. Add dulu wechat atau email ke saya dulu untuk no telefon. No telefon adalah privecy bagi saya. 

TONE EXCEL masih menawarkan peromosi bagi pelanggan yang menyokong telekomunikasi beliau.
TOPUP RM 30 percuma! 1GB internet tanpa menolak kredit anda.
TOPUP RM 50 percuma! RM20 untuk penggunaan telefon anda. 
Tajaan orang BARU! anda terpaksa menerima RM20 ke akaun bank anda. TERPAKSA tau, sebab anda sudah melalukan kerja yang simple untuk memberitau kepada orang lain tentang sim kad yang ajaib dan luar biasa ini.

ADAKAH! telekomunikasi lain yang memberi peluang sebegini????

Ada! jika ada orang lain yang tolong topupkan anda... hehehehee... mana lah tau boypren atau girlpren yang tolong masukan topup tanpa kita sedar.. kuakuakuaa.. hanya gurauan sahajoo..
Untung la boypren tolong topupkan setiap bulan.. awal-awal lagi ajar girlpren dia menyimpan.. huhuuu.. 

Saya kongsikan gambar yang telah saya gunakan semasa promosi dan semasa mendaftarkan AHLI baru Tone Excel. Jika anda berminat untuk join bawah saya anda akan terima satu buku panduan untuk memulakan sistem tajaan orang baru. Bermodalkan RM90 SAHAJA!.Percaya atau tidak kita bolos dinding itu,, hahaha.. xde lahh kita boloskan perasaan yang negetif. tambahkan positif dari diri anda. Untuk berjaya pilih la usaha jangan lah pilih malas untuk kita berjaya.


Itu sahaja perkongsian saya dari Geng Branch Kuantan.
































Sabtu, 26 Disember 2015

DIA cinta aku ke??.. terima kasih awak

Assalamualaikum.. hari ini, terasa dalam mimpi yang belum tersedar atau x akan ku sedar sampai bila-bila. Hanya banyangan atau ilusi semata-mata, ku tampar pipi kanan, ku tampar pipi kiri dengan lembut. Ia benar terasa sakitnya, terasa pedihnya bila dicubit dan di cucuk dengan jari yang halus ini. Ku gosok mata kanan ku, ku gosok mata kiri ku (gaya seperti bangun tidur). Tapi ternyata ianya jelas kesemua yang ku lihat adalah benar-benar  belaku.

Harapan ku kekal hingga ke jinjang pelamin. Terima kasih sedarkan saya dalam mimpi atau bayangan selama ini. Terima kasih sudi MELAMAR saya yang tidak ada apa-apa kelebihan dimata saya. Terima kasih sudi kenalkan keluarga awak, dengan keluarga saya. (26.12.2015)

Subhanallah.. cantik sangat awak bulan malam ni (26.12.2015), nampak sempurna, bercahaya, bulan penuh dimata kita. Sungguh pun bulan bukan secantik yang kita sangka. Allah ciptakan seseorang ada kelebihan dan ada kekuranganya. Anggaplah ciptaan allah itu setiap yang tidak lenggap, akan menjumpai yang akan melengkapkan nya.

Terima kasih abang ku, malam ni dia ajak keluar. Rupa-rupanya nak belanja makan.. 3 tempat pergi tadi. First sangkar, tapi tutup nk makan wasten food katanya. Second pergi aniq steam boat penuh, meja full orang booking. Last coist angah steam boat. Kepuasan makan hehehe.. lepas bangun dan bangun tamabah makanan sampai x larat barulah rasa nak stop tamabah makanan..

Sampai di sini harini saya cerita, yelahkan rasa dalam mimpi je kan.. semoga ketemu lagi mimpi yang indah-indah selepas ini.



Terima kasih awak.. -_^ 11817

KENAGAN BLOG LAMA KU SAYANG...

Tahun 2011, blog ni http://ejaty-aboutme.blogspot.my/2012/12/ooo-bru-ku-tahuu.html dibina serta isi-isi didalam blog ejaty-aboutme xboleh di up kan. mungkin email blog dulu mengunakan yahoo. kini untuk membukanya semula tidak akses lagi. walaupun kata kuncinya betul.

Kini saya kene buat blog barulah, sejak ada masa lapang ni la terbina blog baru, tapi email blog ni ambil semula dengan nama ejatyaboutme.blogspot.com .

Itu saja lah menjelaskan, tentang blog dulu dan kini. Yelah blog barukan, x de isi apa-apa lagi. nampak boring je. hehehe.. kalau nak follow, follow aje lah yea.

ok lahh bye--bye.. ^_^

Khamis, 24 Disember 2015

Hidup Ibarat Bina Sebuah Naskah


Dilahirkan dibumi, maka ia diberikan nama yang sangat indah. nama di berikan itu dibawa bersama  hingga hujung nyawa kita. (bermula catikanya pada kertas yang kosong).

Di didik hingga boleh merangkak, betatih, berjalan dan terus berlari.  Ilmu mula menguasai sistem ilmunisasi diri. Allah kurniakan manusia cukup sempurna untuk kita berfikir, memilih, merasai, menyentuh, menjejak, menguasai diri. Bermulanya kertas putih itu dipenuhi dengan bermacam-macam catitan.

Seumur 18 tahun, sifat dewasa kini jelas menunjukan perubahan,  menambahkan lagi kematangan diri, makin bijak berdikari, makin meluas pijakan yang dijejaki untuk mencari secebis pengetahuan, mencari secebis pengalaman, mencari secebis pengorbanan. Maka sehelai demi sehelai kertas yang putih itu dicatik oleh isi dan berbagai corak kehidupan.

Peningkatan usia kini bertambah dengan rasa tanggungjawab, untuk menjaga keluarga. Ilmu yang ada masih mentah. Lalu jejak diteruskan dengan membawa diri mencari ilmu setinggi gunung. Mengapai impian serta cita-cita. Seorang yang ingin berjaya, adalah pada jiwa, hati, fikiran,  memainkan sifat optimasi pada diri.

Didikan yang diberi oleh ibubapa itulah yang akan kita contohi pada anak-anak, cucu-cucu kita pada generasi yang dilahirkan sebagai manusia. Pemilihan rakan adalah perlu menteliti sudut kebaikan, sudut keburukan jangan kita contohi. Jangan terpengaruh dengan pekara yang tidak membawa keuntungan.

Justeru itu, apa-apa perkara sebelum kita lakukan cuba fikir sebaik-baik mungkin. Jika ada satu kesalahan besar telah kita lakukan bukan mudah kita untuk berpatah balik. Kertas putih yang dipenuhi dengan catitan tidak akan dipadam semudah itu walaupun dapat dihilangkan, jika dapat dipadam masih ditinggalkan kesan-kesannya. Walauapa pun yang sudah belaku tidak semudah kita melupai begitu, masih tinggal kesan-kesan dan kenanggan yang masih diingati. Jaga sebaik mungkin mentiliti kita sebagai anak, ibubapa, pendidik, penjual, pengarah, rakyat, pemerintah sekali pun perlu menjaga attitude diri.

Jika ada jarum yang patah,
Jangan simpan didalam peti,
Jika ada hati yang patah,
jangan simpan didalam hati.

Jika ada masa yang panjang, saya akan bersambung lagi..

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.